Tuesday, November 8, 2011

MPKK!


Masuk sem 5 hujung bulan 5 2011, fiuhhhh macam-macam kena buat.
Mula sibuk sana sini mengalahkan YB!
haha lolx :p
Entah macam mana nama boleh naik jadi S/U MPKK pula.
Rezeki orang kata.
Haha syukur Alhamdulillah.
Orang beri kita ambil.
Hehe :D

MPKK?
benda apa itu?
Haa... MPKK itu stand for Majlis Perwakilan Komander Kesatria.
Jadi sebahagian daripada MPKK itu besar tanggungjawabnya oi.
Semua rahsia dan skop kerja kena tahu kena pandai kena buat pokoknya semua kena lah.
Haa mampu???
Mestilah mampu haha.
Sebelum ini aku tak pernah terlibat pun dalam MPKK.
Tub tub masuk sem 5 ni la terheret pula terpaksa la aktif juga kalau tak jangan harap la der haha.
Mula-mula cam tak nak malas je nak terlibat tetapi disebabkan tanggungjawab yang aku pegang itu, aku gagahkan diri juga.
Tambah pula jawatankuasa MPKK semua geng-geng aku, apa lagi bikin gempak mantap r!
haha teruja!
Best gila r dari tak suka terus jadi suka!
haha.

Macam-macam benda plan kitorang rancang.
Tinggal nak dapat persetujuan pihak atasan dengan laksanakan je.
Nampak mudah kan?
Haih...
Banyak lagi sebenarnya cuma malas nak cerita je haha.
Dah ada jawatan sendiri dalam MPKK nanti baru la hang pa semua tahu macam mana dan rasanya menjadi sebahagian daripada MPKK.
Bila dah jadi MPKK semua event boleh pergi.
Seronok gila kot!
Timba pengalaman baru.
Bukan senang nak g event komander terutama LIBK dengan Jambori.
Haa...
Setiap event tu mesti ada selection bukan main pilih je.
Kau kau masuk ni masuk tu.
Fiuhhh x de nya macam tu.
Setiap benda mesti ada tapisannya begitu juga dengan komander.
Dari situ baru boleh tahu komander itu berkebolehan atau tidak.
Kalau dah minat semua jadi.
Wee...
Tepuk dada tanya selera :D


p/s bukan senang nak senang bukan susah nak susah :D

Teruja!

Tit tit tit...

Bunyi pop out fb chat...
Fiuhhh...
Berdebar-debar nak tengok.
Lagi-lagi bila keluar nama dia.
Huhu.
NL hantar mesej kat chat.
Gembiranyaaaa.
Lama gila kot tak chat dengan dia.
Last chat pun lepas habis MDS..
Huhu.
Dia hantar mesej minta tolong like n vote dia.
Dia hantar link pastu aku pun tengok la link tu.
Aku memang dah tahu dia masuk contest tapi tak tahu plak contest apa haha kelakar je.
Tak sangka pula dia minat benda-benda cam tu.
Lepas dah buka link tu aku terus like hehe.
Nak support dia punya pasal.
Dia mengharap sangat-sangat kat aku.
Nak aku vote dia.
Dia kena cukup vote sampai 300.
Fiuhhhh...
Semoga berjaya kawan!
Kau boleh menang punya Insyallah :D
Nasib baik aku tak cakap yang aku rindu dia.
Kalau tak malu habis haih.
Tapi hati kata nak juga cakap tapi apakan daya ku tidak punya keberanian untuk mengucapkannya.
Harap satu hari nanti aku dapat lepak lagi dengan dia.
Rindunyaaaaaaaaa kat dia.
Tetiba teringat waktu kursus PMDS.
Satu group dengan dia.
Best sangat.
Pengalaman yang tidak akan dilupakan.
Ahli group pun sempoi, sporting, kelakar.
Haa sampaikan ahli group aku ada 2 orang yang dah jadi MPP sekarang.
Haa bangga tak?
Wahaha.
Poyo je.


p/s rindu nak jumpa u NL :D


Wah lama gila tak singgah kat sini.

Haih.

Cuti lama ni la baru sibuk-sibuk nak update blog!

Haha lolx :p

Banyak juga nak cerita kat sini tapi tak tahu nak mula dari mana hahai.
Idea oh idea please come easily to me! haha :D

Aku masih baru kat sini.

Maaf jika terlalu simple blogku ini haha :D

Masih dalam proses pembelajaran membuat blog.

Cita-cita nak jadi blogger hebat?

Emm macam tak ada je! haha lolx :p

Belum terbuka hati lagi mungkin.

Mahu bermula dari bawah ceh rendah diri pula wakaka

Nak cari sifu?

Alahai cam malas je! haha lolx :p

Belajar sendiri mungkin hehe :D
Cool bukan?

Teehee :D


p/s Beriku masa untuk belajar benda baru ini :D

Monday, May 31, 2010

BenGang!!!

Kenapa kau suka sakitkan hati aku ha?
Kenapa banyak2 orang kau pilih aku?

Kenapa kenapa kenapa kenapa?


Tak puas lagi ke hati kau nak sakitkan hati aku?
Aku tak faham dengan perangai kau
Pada mulanya aku tak teringin langsung nak faham kau
Tapi firasat aku mengatakan aku tak patut buat macam tuh
Then nak tak nak aku terpaksa jugak faham kau walaupun aku tahu kau tak pernah nak cuba faham aku

First kenal kau aku dah boleh agak dah perangai kau macam mana
Aku malas nak berbaik-baik sangat dengan kau pada mulanya
Tapi di sebabkan terpaksa aku terpaksa la cuba berbaik dengan kau
Aku cuba bersabar dengan perangai kau
Aku cuba bermanis muka dengan kau
Aku simpan saja perasaan suka duka aku bersama kau selama ini
Aku diam saja
Hanya aku dan tuhan saja yang tahu pasal ini

Tetapi kali ini kau dah melampau
Mentang2 aku diam senyap je kau dah mula naik lemak
Ok fine!
Aku dah malas nak fikir semua itu
Lantaklah kau!
Kau boleh pergi mati dengan perangai buruk kau tuh!
Aku tak kisah!
Aku tak peduli!
Aku tak hirau apa yang akan terjadi lepas ini!

Monday, May 24, 2010

tiAdA lAgi rAsA iTu...

Bagaimana aku kenal si dia?
Bila ku kenal si dia?
Mengapa aku kenal si dia?
Di mana aku kenal si dia?

Persoalan itu sering bermain di kotak fikiran ku ini..
Aku sendiri tidak mengerti dengan semua ini..
Aku sayang dia sangat2..
Aku tahu dia tahu aku suka dia tapi dia ego..
Dia tak pernah nak jaga hati aku..
Dia nak orang jaga hati dia je..
Agak2 la..
Hal ni bukan sebab kau sorang je..
Ini melibatkan hati dan perasaan orang lain jugak!

Aku cuba untuk mengenali si dia sejak dari mula lagi..
Aku sabar dan tahan saja dengan perangai si dia..
Aku dah malas nak pikir benda niyh dah..
Aku dah malas nak jaga hati orang dah..
Cukuplah setakat ni je..
Cukuplah kau dah banyak sakitkab ati aku..
Cukuplah apa yang kau dah buat kat aku..
Cukuplah dengan sikap ego kau tu..


Aku harap lepas ni persahabatan aku dan kau tetap berjalan cam biasa..
Jangan ada sengketa antara kita..
Aku dah tak sanggup menderita lagi..
Aku nak bebas..
Aku nak bahagia..
Aku nak lupakan semua ini..

Satu je aku nak cakap : Semoga kau bahagia dan berjaya mendapat teman sejati yang kau cari2 tuh!

Wednesday, May 12, 2010

kenapa aku buat blog?
aku sendiri pon tak tahu kenapa..
mungkin ianya hanya untuk meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati kecilku ini..
aku tak macam orang lain yang suka cerita tentang dirinya sendiri dalam blog..
aku lebih suka pendam..
hanya aku dan orang terdekat aku je yang tahu..
aku tak suka kongsi cerita dengan orang yang aku x berapa kenal dan rapat sangat..
tetapi aku suka berkawan dengan semua orang..
di antara ramai-ramai kawan aku mesti ada yang boleh di katakan kawan baik dan pada merekalah aku berkongsi cerita aku..
aku tak kisah kawan dengan sesiapa pon asalkan mereka boleh di buat kawan..
jangan jadi macam kawan makan kawan!
aku paling benci kawan makan kawan!